Saturday, January 2, 2010

Happy New Year 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Suka saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua yang mengikuti blog ini.
Masa bergerak pantas , dalam keadaan kita tak terkira masa, ia berlalu, dah tua rupanya aku, hari-hari berlalu , masa tak akan tunggu , kita lah yang perlu mengejar ia selalu, kalau tidak memang kita termasuk dalam golongan rugi dan dungu ,terlalai dek masa kita tertipu.

Betapa rugi hidup kita sehingga ke umur saat ini, ntah berapa banyak kita telah sumbangkan untuk ibu,ayah atau keluarga, mungkin terlalu sedikit, entah apa yang telah kita sumbangkan untuk diri kita sendiri, dari segi duniawi dan ukhrawi. ?????

Anyway , Selamat tahun baru 2010 semua, dalam pada tu adakah kita tau atau tidak sekarang tahun Hijrah berapa, jangan dok ingat 2010 je :)

Isnin 4 Januari adalah hari saya akan keluar dari JE dan di tukar kan ke BPPA , kat depan je. Yang penting JE akan di ambil alih orang yang lebih berpengalaman dalam elektrik,En Azri, semoga JE akan bertambah baik dari segala segi. Blog moderation telah saya open kepada semua staf JE, semua orang boleh menulis apa-apa maklumat di sini jika ada.

Saya sentiasa akan mengikuti blog ini dan tetap menjadi admin kepada 2 forum yang saya rasa ada kebaikan jika di teruskan, iaitu forum plv/pplv untuk semua pengajar ilp/adtec/jmti/ikbn seluruh Malaysia dan juga forum x-je-ilpkbpp.
Forum x-je-ilpkbpp.friendhood.net adalah lanjutan dari blog ini.

Semua perkara tidak akan jadi dalam sekelip mata, pasti ia akan mengambil masa yang agak lama, masa berubah, kehidupan juga berubah, pasti ada perubahan di masa depan. Saya yakin insyaallah semua orang akan nampak dan sedar kepentingan berkomunikasi secara begini di masa sekarang apatah lagi masa akan datang.

Saya telah lalui zaman di MRSM KB 5 tahun, RPKJ Univ Malaya 2 tahun, Ryukyus Univ Jpn 4 tahun, MAEM 8 tahun , ilpkbpp 5 tahun, masa berlalu, tapi saya telah tinggalkan ramai kawan (very valuable friends), telah putus perhubungan dengan ramai kawan yang dapat membantu pelbagai segi,benda,perkara dalam hidup. Telefon boleh berubah nombornya, atau boleh hilang dalam simpanan kita, tapi internet, insyaallah akan kekal jika adminnya kekal, admin boleh bertukar kepada orang lain,dan boleh ada grup admin. Insyaallah akan kekal lama.
Bayangkan kawan baik di MRSM dulu, yang mana mungkin telah jadi somebody yang sebenarnya boleh membantu kita sebagai kawan dalam banyak hal, tetapi kerana telah tiada hubungan, tak tahu di mana dia, dia buat apa, sia-sia lah persahabatan baik 5 tahun di MRSM dulu. (Kurang-kurang saya boleh jual 1 Bio-Aura kat kawan tu).

Ini lah sebab nya saya berusaha untuk mempromosi forum-forum berkaitan juga termasuk blog ini. Sebagai wadah untuk komunikasi berkesan sepanjang zaman.Selain dari blog ini, ada blog-blog berkaitan bisnes dan money making juga boleh di buat.Ini lain cerita.Untuk yang berminat sahaja.One word - MONEY can be made from blog and forum.

Back to our story, wish to all x-je students and all staf,, best wishes for all of us on this new year 2010. Spend a time to think and think , find our lonely time sometime,think something that we never think about it, start thinking something about ,,, you must think about it. We have very powerfull brain power, just make use of it.See others, what they did, then think what i can do,,

Perhatikan lah sekeliling, jangan tengok sesuatu semata-mata tengok saja, banyak benda kita boleh belajar dari sekeliling kita. Sebenarnya semua orang adalah pelajar, saya sentiasa belajar benda baru setiap hari dalam hidup saya. Semua hal dalam hidup adalah pelajaran untuk kita. Kita belajar bercakap dengan orang,lain orang lain cara untuk di layan, belajar cara menggunakan satu perkataan baru, belajar tentang sikap manusia,orang begini ,ini cara untuk di hadapi, belajar tentang tindakan dan tidakbalas yang betul dalam situasi tertentu, belajar cara manangani situasi tertentu, belajar menguruskan hal-hal tertentu dan bermacam-macam perkara kita belajar setiap hari, pastikan kita ada belajar sesuatu setiap hari. Jangan biarkan hari berlalu tanpa pelajaran baru untuk hari itu.

Banyak pulak saya dok menulis ntah apa-apa, dalam 100 perkataan tak kan tak ada 1 perkataan yang boleh memberi manafaat apa-apa, semoga ada kebaikan untuk kita semua.

Sekian, wassalam.

raja muhammed

No comments:

Post a Comment

Habak le sapa yang tulis, don't let it be anynomous :)