Thursday, December 24, 2009

Hari terakhir Kumpulan Sesi 1/2008 di ILP Kepala Batas


Salam dan selamat sejahtera,

Semalam 23 Dec 2009 adalah hari terakhir pelajar sesi 1/2008 berada di ILP Kepala Batas, walau bagaimana pun ramai yang akan balik ke rumah masing-masing hari ini.
Seramai 25 orang termasuk 2 perhebat telah berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun di sini.Saya doa kan semua akan lulus dan dapat sijil ST, walaubagaimana pun kena tunggu mesyuarat antara HQ dengan ST untuk mengesahkan keputusan kamu semua.

Saya bagi pihak semua staf JE ILPKBPP disini memohon ampun dan maaf jika sepanjang 2 tahun kamu di sini ada perkara-perkara yang menyinggung atau menyakiti hati kamu sekelian, segala kata-kata dan perbuatan kami para pengajar kepada kamu semua tiada niat buruk kecuali baik belaka untuk kebaikan kamu semua.Jika terlanjur atau terlebih tu maafkan lah kami, kami pun manusia juga,ada buat salah :)

Dua perkara yang boleh di ungkit pemberiannya, ibu menyusukan anak, boleh mengungkit dan tidak menghalalkan susu kepada anaknya, dan kedua guru dengan ilmu nya, boleh mengungkit tentang ilmu yang di beri dan tidak menghalalkannya, bagi pihak semua pengajar kami semua menghalalkan semua ilmu yang di beri, dan mendoakan kamu semua dapat manafaat darinya.

Semoga 2 tahun di ILP Kepala Batas dapat mematangkan sedikit pemikiran kamu untuk menghadapi kehidupan yang masih jauh di depan.Sesiapa yang berpeluang sambung belajar sangat di galakkan, jangan segan silu untuk mendapat kan khidmat nasihat atau bantuan sokongan untuk melanjutkan pelajaran.Kedatangan kamu semua di alu-alukan.



Wish good luck untuk kamu semua dan semua pengajar di sini.

Selalu lah jengok di sini atau forum untuk maklumat apa-apa yang akan di beritahu dari masa ke semasa, dan kamu semua bebas untuk menulis sama di sini.


raja
kbje

Sunday, December 13, 2009

Pertukaran KB JE

Salam dan selamat sejahtera semua.

Di sini saya nak maklumkan saya akan di tukarkan ke CIAST tetapi akan ada lagi di ILP Kepala Batas sehingga CIAST siap renovation.

Walau bagaimana pun saya akan bertukar ke Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Asset bermula Januari 2010 dan KB JE akan di ambil oleh En Azri Yunus.

Selamat maju jaya untuk semua, jangan lupa forum http://x-je-ilpkbpp.friendhood.net

Sekian.

raja

Forum x-je-ilpkbpp

Salam dan selamat sejahtera,

Di sini saya nak maklumkan , saya telah create satu forum untuk x-je atau e-je
e-je adalah existing, sedang belajar, x-je dah habis belajar.

Forum adalah ruang perbincangan banyak hala yang akan kekal segala tulisan dan dapat di perbincangkan apa-apa tajuk saya oleh setiap member.

Semua boleh register free saja, dan boleh lah tulis dan baca apa saja selepas log in.

Sila ke x-je-ilpkbpp.friendhood.net sila register dan boleh mula berforum.
Sila perkenalkan diri di kategori self introduction, nyatakan nama dan sesi kemasukan masing-masing ,contoh sesi 1/2007 untuk batch pertama pelajar JE.

Harap maklum dan war-warkan kepada semua kawan-kawan.

raja