Tuesday, November 24, 2009

Kursus Ketukangan CIDB

Salam dam selamat sejahtera,

Peluang untuk berkursus secara percuma serta dapat sijil ketukangan CIDB dan dapat duit elaun kursus sebanyak RM200.

Oleh kerana tiada sambutan atau ramai yang tak dapat maklumat, saya becadang untuk
jalankan kursus CIDB tersebut pada Januari 2010, tarikh akan di tetapkan kemudian.

Semua bekas pelajar sesi 1/2007 dan 2/2007 boleh memohon.

Borang permohonan boleh di dapati di bengkel JE ILPKBPP.

War-warkan kepada kawan-kawan masing-masing, sama-sama lah datang untuk rebutkan peluang ini.

raja@kbje-ilpkbpp

SIJIL SURUHANJAYA TENAGA SESI 1/2007

Salam semua,

Pelajar sesi 1/2007 boleh dapatkan sijil ST masing-masing di unit Kawalan Teknikal ILP Kepala batas.

Tahniah kepada semua yang telah berjaya.

Harap maklum.

raja@kbje.ilpkbpp

Wednesday, November 4, 2009

Kursus CIDB dan duit Raya Haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,,

Hari ini saya ada berita baik untuk yang anggap ia nya baik dan ambil peluang baik ni.

Bahagian JE nak offer kepada lepasan JE semua, tak kira dah kerja atau belum kerja,
Sebab bila nak ikut apa yang saya terangkan nanti ,akan dapat duit Raya Haji RM200.

Cerita nya, pihak ILP bekerjasama dengan CIDB untuk menjalankan Kursus Kemahiran Elektrikal CIDB selama 5 hari di ILP Kepala Batas, kursus FREE OF CHARGE , siap bagi DUIT RAYA lagi RM200.

Saya plan nak buat pada 23 November hingga 27 November 2009.
Tak kira berapa orang pun boleh, kedua-dua sesi 1/2007 dan 2/2007 boleh ikut serta.
Orang luar pun boleh yang dah tamat dari pengajian di tempat lain, tak kira IKM ke Giat Mara ke, Kolej Komuniti pun boleh, asalkan dulu belajar Elektrik dan ada bukti le belajar Elektrik, lepasan ILPKBPP tak pe sebab saya memang kenal.

Sesiapa jauh dari rumah boleh duduk asrama siap dengan makan sekali, tapi kena potong RM10 untuk makan dan RM10 lagi untuk asrama sehari.
Jadi kalau nak tinggal dan makan di asrama kena potong RM100 , dapat lagi RM100.
Bukan duit saja ,, INGAT!!!! setiap peserta akan dapat Sijil Kemahiran Elektrikal CIDB.

Syarat senang saja, copy IC, copy green card, isi borang dan gambar sekeping.
Borang ada di JE-ILPKBPP.

Sapa dekat boleh berulang dari rumah dan makan sendiri dapat duit raya RM200.
Duit dapat cash lepas habis kursus hari ke 5.

Sesiapa berminat boleh response di sini atau call saya ,019-4180183.

Tolong war-war kan kepada semua kawan-kawan lain.

Jangan lepaskan peluang ni. Kursus FREE dapat sijil bernilai, dapat duit lagi, sapa nak bagi.

Ni semua adalah untuk kamu semua lepasan JE-ILPKBPP.

Untuk AC pun ada program lebih kurang sama, kalau jumpa sesiapa lepasan PPU ILPKBPP bagitau depa suruh call saya atau call KB PPU untuk makluman.

Ingat , program ni amat sesuai untuk yang belum bekerja dan boleh juga untuk yang telah bekerja tapi kena ambik cuti la,,,,

Itu saja makluman untuk semua, saya berharap ramai yang akan join program ni,
dan war war kan lah pada kawan-kawan yang tak access internet selalu.

sekian,,

raja@kbje