Thursday, December 24, 2009

Hari terakhir Kumpulan Sesi 1/2008 di ILP Kepala Batas


Salam dan selamat sejahtera,

Semalam 23 Dec 2009 adalah hari terakhir pelajar sesi 1/2008 berada di ILP Kepala Batas, walau bagaimana pun ramai yang akan balik ke rumah masing-masing hari ini.
Seramai 25 orang termasuk 2 perhebat telah berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun di sini.Saya doa kan semua akan lulus dan dapat sijil ST, walaubagaimana pun kena tunggu mesyuarat antara HQ dengan ST untuk mengesahkan keputusan kamu semua.

Saya bagi pihak semua staf JE ILPKBPP disini memohon ampun dan maaf jika sepanjang 2 tahun kamu di sini ada perkara-perkara yang menyinggung atau menyakiti hati kamu sekelian, segala kata-kata dan perbuatan kami para pengajar kepada kamu semua tiada niat buruk kecuali baik belaka untuk kebaikan kamu semua.Jika terlanjur atau terlebih tu maafkan lah kami, kami pun manusia juga,ada buat salah :)

Dua perkara yang boleh di ungkit pemberiannya, ibu menyusukan anak, boleh mengungkit dan tidak menghalalkan susu kepada anaknya, dan kedua guru dengan ilmu nya, boleh mengungkit tentang ilmu yang di beri dan tidak menghalalkannya, bagi pihak semua pengajar kami semua menghalalkan semua ilmu yang di beri, dan mendoakan kamu semua dapat manafaat darinya.

Semoga 2 tahun di ILP Kepala Batas dapat mematangkan sedikit pemikiran kamu untuk menghadapi kehidupan yang masih jauh di depan.Sesiapa yang berpeluang sambung belajar sangat di galakkan, jangan segan silu untuk mendapat kan khidmat nasihat atau bantuan sokongan untuk melanjutkan pelajaran.Kedatangan kamu semua di alu-alukan.



Wish good luck untuk kamu semua dan semua pengajar di sini.

Selalu lah jengok di sini atau forum untuk maklumat apa-apa yang akan di beritahu dari masa ke semasa, dan kamu semua bebas untuk menulis sama di sini.


raja
kbje

8 comments:

  1. SALAM CIK RAJA BILA KITAORANG DPT TAW RESULT KAMI EK ...ISAW JE ASE

    ReplyDelete
  2. Taun depan , semua dapat tau result masing-masing :)
    Jangan risau, kalau mengulang pun bahagian yang fail saja,,,, kalau lisan fail, ulang lisan saja, teori fail, ulang teori saja,,, amali fail, ulang amali saja,,,

    jangan risau,, insyaallah semua akan lulus,,, tapi,, nanti tengok lah,,, Azian lulus,, jgn risau. :)

    ReplyDelete
  3. saya asuwad nk mohon mf klu ada bt silap kt en raja, dgn semua2 lecture dlm bengkel J.e.. 13/1/2010 sy dah nk smbung blaja... doakn sy berjaya.

    ReplyDelete
  4. hai cik raja apa khabar arap2 sihat la ye..rindu la dkt pengajar2 semua

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sihat2 saja, semua pengajar sihat2 saja. Sekarang sunyi sepi tak ada pelajar, rindu jugak le kat pelajar semua bila tak ada.
    Kalau rindu tu jengok2 le, jengok plk jgn tangan kosong, kurang2 goreng pisang ke.
    Lawak je,, jgn le tangan kosong tak mau singgah ilp plk. silalah singgah , pengajar semua teringin nak dengar cerita dari lepasan pelajar sekelian,lebih-lebih lagi yang 1st dan 2nd batch, singgah-singgah lah ilp.

    ReplyDelete
  6. Insyallah kalau ada kelapangan kami akan berkunjung ke ILPKBPP... kami juga rindu dgn pengajar2 kami... :-)

    ReplyDelete
  7. bila tgk balik gmbar ni tgt balik zaman blaja dlu2..best jge..tp skang xda..dah xde kawan2 cam dlu..riuh rendah subuh hari...tapi pagi2 bgun sepi je..oh..

    ReplyDelete
  8. wahaha..
    gmbar sape yg xde kat cni..?
    huzairi kan2..ape lah.
    sangkut a pic die kat sebelah..
    die nolong amik pic. tu

    ReplyDelete

Habak le sapa yang tulis, don't let it be anynomous :)