Wednesday, July 22, 2009

Update status pekerjaan

Salam dan selamat sejahtera semua.

Kepada sesiapa yang mengikuti blog ini sila maklumkan kepada kengkawan lain sama.
Sudi-sudi lah untuk update status pekerjaan untuk maklumat kengkawan lain dan juga pihak je-ilpkbpp.

Jika ada apa-apa peluang pekerjaan juga boleh lah di maklumkan dengan menulis pada komen di sini, semoga dengan maklumat tersebut dapat membantu kengkawan lain mendapat pekerjaan.

Sesi 2/2009 agak tidak sibuk kerana cuma ada 2 kelas, sem 1 dan sem 4, dengan Perhebat paling ramai di sem1 iaitu 14 orang. Semoga semua berjalan lancar.

Pada tahun ini je-ilpkbpp telah menghantar 2 orang pelajar sem 2 1/2009 untuk menyertai Pertandingan Kemahiran peringkat kebangsaan kategori Pra-Q. Kecewa untuk di maklumkan bahawa semua peserta ILJTM gagal menyiapkan projek dalam masa yang di tetapkan. Semua peserta buat wiring secara wireless :) (tak sempat lay cable la tu).

Walaubagaimana pun ini adalah kali pertama ilpkbpp menyertai pertandingan macam ni, dan agak tidak ketinggalan berbanding dengan ILP lain, orang lain yang setiap tahun menyertai pertandingan pun tak berjaya apatah lagi kepala batas. Azam saya tahun depan Insyaallah kepala batas akan tunjuk taring. Perancangan sedang di buat sekarang.