Wednesday, May 5, 2010

Kepada yang berminat untuk PW4-part time

Salam dan selamat sejahtera

Sukacita nak maklumkan, ILPNT ada menganjurkan kursus part time untuk PW4.
Kelas hari minggu atau malam , boleh bincang.
Exam sama dengan pelajar tetap ILPNT menggunakan soalan ILJTM
Plan nak mula Julai 2010.
Kebarangkalian lulus agak tinggi bagi yang lepasan ILP,
lebih-lebih lagi bagi yang berpengalaman.
Sijil akan di keluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga macam biasa.
Tapi ingat PW4, agak senang bagi bekasan pelajar ILP kerana telah belajar kebanyakan benda masa belajar di ILP dulu.
Kehadiran kelas wajib tapi kalau ada hal tak lah ketat macam pelajar tetap.
Buku log boleh pakai yang ILP,, kot nak tambah lagi baik.

Please war-war kan kepada kawan-kawan yang berminat, pekerja kilang dan orang awam sangat di galakkan.

Kos tak mahal mana, RM2100 sahaja dan boleh bayar ansuran.
Kos termasuk yuran peperiksaan dan juga bahan guna habis untuk latihan.

Apa-apa call 019-4180183

Harap maklum

Raja
dah pindah ILPNT

Tuesday, April 6, 2010

Kerja dengan kontraktor elektrik

Salam dan selamat sejahtera

Ada 1 kontraktor elektrik sedang mencari pekerja beberapa orang.
Syarikat area Permatang Pauh, sesapa berminat boleh datang ke ILP Kepala Batas
esok 7 April 2010. Dia ada nak datang ILP esok.

Untuk makluman,

raja

ADA 1160 KERJA KOSONG

aSSALAMUALAIKUM dan Selamat Sejahtera.

Saya nak maklumkan pada HARI KERJAYA DAN KECEMERLANGAN ILP KEPALA BATAS
pada RABU 7hb April nanti ada 1160 kekosongan jawatan dari Engineer ke bawah.

Ramai-ramai boleh cuba datang kalau-kalau ada rezeki.

Kalau ada kilang bagitau kamu tak layak, ceritakan kat orang tu apa yang kamu semua belajar.
Kamu advantage ada sijil ST, cerita kat depa, apa kelebihan kamu dari lepasan politek.
Kamu buat praktikal,,, on electrical la,,,
bagitau sama depa kamu belajar juga basic PLC, Electropneumatic, Motor Control dan lain2 lagi.
Tu semua your selling point.

Please try ur best, kalau ada rezeki, boleh lah cuba.

raja

Friday, April 2, 2010

HARI KERJAYA DAN KECEMERLANGAN ILP KEPALA BATAS

Salam dan selamat sejahtera,

Nak maklum tentang HARI KERJAYA DAN KECEMERLANGAN ILP KEPALA BATAS.

Akan berlangsung pada 7 APRIL 2010 dari 7:30 pagi hingga 6:30 petang

Apa yang menarik adalah Ceramah Kerjaya JTK pada 10:30 pagi di DKU

Open interview dari lebih kurang 24 syarikat dan kilang termasuk OSRAM, MINEBIA dan beberapa kilang multinasional lagi.Ini akan berlangsung sepanjang hari di Dewan Besar.

Jangan lepaskan peluang ni, datang lah beramai-ramai.

Antara program lain pada hari tersebut adalah :
Senamrobik 7:30 am
Program Derma Darah - Kafe tertutup
Pendaftaran ILJTM online
Pendaftaran Job Malaysia
Lawatan Bengkel
Kawad Kaki RELA
Kawad Poco Poco RELA
Memadam Kebakaran dan Menyelamat JPAM
Sukan Bersama Industri

Harap maklum dan selamat datang beramai-ramai.

raja

Thursday, February 25, 2010

Sapa nak kerja

Salam dan selamat sejahtera semua,,
Walaupun saya tak dok JE dah,, tapi ni ada maklumat pasal interview yang saya rasa ada baik sapa mau pegi try.
Ni dari email,, copy paste je,,,
boleh lah try kot ada rezeki kat situ.

raja

WALK – IN INTERVIEW :

TEMPAT : VISTANA HOTEL, PENANG

TARIKH & HARI : 27/2/2010 & SABTU

MASA : 9.30 PAGI

COMPANY : OSRAM OPTO SEMICONDUCTOR SDN. BHD. BAYAN
LEPAS FREE INDUSTRIAL ZONE, PHASE 1
11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.

SEKIRANYA TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK MENGHADIRI SESI INTERVIEW PADA HARI TERSEBUT, ANDA BOLEH TERUS KE OSRAM PADA:

HARI : SETIAP HARI RABU
MASA : 3.00 PTG.

Saturday, January 2, 2010

Happy New Year 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Suka saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua yang mengikuti blog ini.
Masa bergerak pantas , dalam keadaan kita tak terkira masa, ia berlalu, dah tua rupanya aku, hari-hari berlalu , masa tak akan tunggu , kita lah yang perlu mengejar ia selalu, kalau tidak memang kita termasuk dalam golongan rugi dan dungu ,terlalai dek masa kita tertipu.

Betapa rugi hidup kita sehingga ke umur saat ini, ntah berapa banyak kita telah sumbangkan untuk ibu,ayah atau keluarga, mungkin terlalu sedikit, entah apa yang telah kita sumbangkan untuk diri kita sendiri, dari segi duniawi dan ukhrawi. ?????

Anyway , Selamat tahun baru 2010 semua, dalam pada tu adakah kita tau atau tidak sekarang tahun Hijrah berapa, jangan dok ingat 2010 je :)

Isnin 4 Januari adalah hari saya akan keluar dari JE dan di tukar kan ke BPPA , kat depan je. Yang penting JE akan di ambil alih orang yang lebih berpengalaman dalam elektrik,En Azri, semoga JE akan bertambah baik dari segala segi. Blog moderation telah saya open kepada semua staf JE, semua orang boleh menulis apa-apa maklumat di sini jika ada.

Saya sentiasa akan mengikuti blog ini dan tetap menjadi admin kepada 2 forum yang saya rasa ada kebaikan jika di teruskan, iaitu forum plv/pplv untuk semua pengajar ilp/adtec/jmti/ikbn seluruh Malaysia dan juga forum x-je-ilpkbpp.
Forum x-je-ilpkbpp.friendhood.net adalah lanjutan dari blog ini.

Semua perkara tidak akan jadi dalam sekelip mata, pasti ia akan mengambil masa yang agak lama, masa berubah, kehidupan juga berubah, pasti ada perubahan di masa depan. Saya yakin insyaallah semua orang akan nampak dan sedar kepentingan berkomunikasi secara begini di masa sekarang apatah lagi masa akan datang.

Saya telah lalui zaman di MRSM KB 5 tahun, RPKJ Univ Malaya 2 tahun, Ryukyus Univ Jpn 4 tahun, MAEM 8 tahun , ilpkbpp 5 tahun, masa berlalu, tapi saya telah tinggalkan ramai kawan (very valuable friends), telah putus perhubungan dengan ramai kawan yang dapat membantu pelbagai segi,benda,perkara dalam hidup. Telefon boleh berubah nombornya, atau boleh hilang dalam simpanan kita, tapi internet, insyaallah akan kekal jika adminnya kekal, admin boleh bertukar kepada orang lain,dan boleh ada grup admin. Insyaallah akan kekal lama.
Bayangkan kawan baik di MRSM dulu, yang mana mungkin telah jadi somebody yang sebenarnya boleh membantu kita sebagai kawan dalam banyak hal, tetapi kerana telah tiada hubungan, tak tahu di mana dia, dia buat apa, sia-sia lah persahabatan baik 5 tahun di MRSM dulu. (Kurang-kurang saya boleh jual 1 Bio-Aura kat kawan tu).

Ini lah sebab nya saya berusaha untuk mempromosi forum-forum berkaitan juga termasuk blog ini. Sebagai wadah untuk komunikasi berkesan sepanjang zaman.Selain dari blog ini, ada blog-blog berkaitan bisnes dan money making juga boleh di buat.Ini lain cerita.Untuk yang berminat sahaja.One word - MONEY can be made from blog and forum.

Back to our story, wish to all x-je students and all staf,, best wishes for all of us on this new year 2010. Spend a time to think and think , find our lonely time sometime,think something that we never think about it, start thinking something about ,,, you must think about it. We have very powerfull brain power, just make use of it.See others, what they did, then think what i can do,,

Perhatikan lah sekeliling, jangan tengok sesuatu semata-mata tengok saja, banyak benda kita boleh belajar dari sekeliling kita. Sebenarnya semua orang adalah pelajar, saya sentiasa belajar benda baru setiap hari dalam hidup saya. Semua hal dalam hidup adalah pelajaran untuk kita. Kita belajar bercakap dengan orang,lain orang lain cara untuk di layan, belajar cara menggunakan satu perkataan baru, belajar tentang sikap manusia,orang begini ,ini cara untuk di hadapi, belajar tentang tindakan dan tidakbalas yang betul dalam situasi tertentu, belajar cara manangani situasi tertentu, belajar menguruskan hal-hal tertentu dan bermacam-macam perkara kita belajar setiap hari, pastikan kita ada belajar sesuatu setiap hari. Jangan biarkan hari berlalu tanpa pelajaran baru untuk hari itu.

Banyak pulak saya dok menulis ntah apa-apa, dalam 100 perkataan tak kan tak ada 1 perkataan yang boleh memberi manafaat apa-apa, semoga ada kebaikan untuk kita semua.

Sekian, wassalam.

raja muhammed

Thursday, December 24, 2009

Hari terakhir Kumpulan Sesi 1/2008 di ILP Kepala Batas


Salam dan selamat sejahtera,

Semalam 23 Dec 2009 adalah hari terakhir pelajar sesi 1/2008 berada di ILP Kepala Batas, walau bagaimana pun ramai yang akan balik ke rumah masing-masing hari ini.
Seramai 25 orang termasuk 2 perhebat telah berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun di sini.Saya doa kan semua akan lulus dan dapat sijil ST, walaubagaimana pun kena tunggu mesyuarat antara HQ dengan ST untuk mengesahkan keputusan kamu semua.

Saya bagi pihak semua staf JE ILPKBPP disini memohon ampun dan maaf jika sepanjang 2 tahun kamu di sini ada perkara-perkara yang menyinggung atau menyakiti hati kamu sekelian, segala kata-kata dan perbuatan kami para pengajar kepada kamu semua tiada niat buruk kecuali baik belaka untuk kebaikan kamu semua.Jika terlanjur atau terlebih tu maafkan lah kami, kami pun manusia juga,ada buat salah :)

Dua perkara yang boleh di ungkit pemberiannya, ibu menyusukan anak, boleh mengungkit dan tidak menghalalkan susu kepada anaknya, dan kedua guru dengan ilmu nya, boleh mengungkit tentang ilmu yang di beri dan tidak menghalalkannya, bagi pihak semua pengajar kami semua menghalalkan semua ilmu yang di beri, dan mendoakan kamu semua dapat manafaat darinya.

Semoga 2 tahun di ILP Kepala Batas dapat mematangkan sedikit pemikiran kamu untuk menghadapi kehidupan yang masih jauh di depan.Sesiapa yang berpeluang sambung belajar sangat di galakkan, jangan segan silu untuk mendapat kan khidmat nasihat atau bantuan sokongan untuk melanjutkan pelajaran.Kedatangan kamu semua di alu-alukan.



Wish good luck untuk kamu semua dan semua pengajar di sini.

Selalu lah jengok di sini atau forum untuk maklumat apa-apa yang akan di beritahu dari masa ke semasa, dan kamu semua bebas untuk menulis sama di sini.


raja
kbje

Sunday, December 13, 2009

Pertukaran KB JE

Salam dan selamat sejahtera semua.

Di sini saya nak maklumkan saya akan di tukarkan ke CIAST tetapi akan ada lagi di ILP Kepala Batas sehingga CIAST siap renovation.

Walau bagaimana pun saya akan bertukar ke Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Asset bermula Januari 2010 dan KB JE akan di ambil oleh En Azri Yunus.

Selamat maju jaya untuk semua, jangan lupa forum http://x-je-ilpkbpp.friendhood.net

Sekian.

raja

Forum x-je-ilpkbpp

Salam dan selamat sejahtera,

Di sini saya nak maklumkan , saya telah create satu forum untuk x-je atau e-je
e-je adalah existing, sedang belajar, x-je dah habis belajar.

Forum adalah ruang perbincangan banyak hala yang akan kekal segala tulisan dan dapat di perbincangkan apa-apa tajuk saya oleh setiap member.

Semua boleh register free saja, dan boleh lah tulis dan baca apa saja selepas log in.

Sila ke x-je-ilpkbpp.friendhood.net sila register dan boleh mula berforum.
Sila perkenalkan diri di kategori self introduction, nyatakan nama dan sesi kemasukan masing-masing ,contoh sesi 1/2007 untuk batch pertama pelajar JE.

Harap maklum dan war-warkan kepada semua kawan-kawan.

raja

Tuesday, November 24, 2009

Kursus Ketukangan CIDB

Salam dam selamat sejahtera,

Peluang untuk berkursus secara percuma serta dapat sijil ketukangan CIDB dan dapat duit elaun kursus sebanyak RM200.

Oleh kerana tiada sambutan atau ramai yang tak dapat maklumat, saya becadang untuk
jalankan kursus CIDB tersebut pada Januari 2010, tarikh akan di tetapkan kemudian.

Semua bekas pelajar sesi 1/2007 dan 2/2007 boleh memohon.

Borang permohonan boleh di dapati di bengkel JE ILPKBPP.

War-warkan kepada kawan-kawan masing-masing, sama-sama lah datang untuk rebutkan peluang ini.

raja@kbje-ilpkbpp