Thursday, December 24, 2009

Hari terakhir Kumpulan Sesi 1/2008 di ILP Kepala Batas


Salam dan selamat sejahtera,

Semalam 23 Dec 2009 adalah hari terakhir pelajar sesi 1/2008 berada di ILP Kepala Batas, walau bagaimana pun ramai yang akan balik ke rumah masing-masing hari ini.
Seramai 25 orang termasuk 2 perhebat telah berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun di sini.Saya doa kan semua akan lulus dan dapat sijil ST, walaubagaimana pun kena tunggu mesyuarat antara HQ dengan ST untuk mengesahkan keputusan kamu semua.

Saya bagi pihak semua staf JE ILPKBPP disini memohon ampun dan maaf jika sepanjang 2 tahun kamu di sini ada perkara-perkara yang menyinggung atau menyakiti hati kamu sekelian, segala kata-kata dan perbuatan kami para pengajar kepada kamu semua tiada niat buruk kecuali baik belaka untuk kebaikan kamu semua.Jika terlanjur atau terlebih tu maafkan lah kami, kami pun manusia juga,ada buat salah :)

Dua perkara yang boleh di ungkit pemberiannya, ibu menyusukan anak, boleh mengungkit dan tidak menghalalkan susu kepada anaknya, dan kedua guru dengan ilmu nya, boleh mengungkit tentang ilmu yang di beri dan tidak menghalalkannya, bagi pihak semua pengajar kami semua menghalalkan semua ilmu yang di beri, dan mendoakan kamu semua dapat manafaat darinya.

Semoga 2 tahun di ILP Kepala Batas dapat mematangkan sedikit pemikiran kamu untuk menghadapi kehidupan yang masih jauh di depan.Sesiapa yang berpeluang sambung belajar sangat di galakkan, jangan segan silu untuk mendapat kan khidmat nasihat atau bantuan sokongan untuk melanjutkan pelajaran.Kedatangan kamu semua di alu-alukan.



Wish good luck untuk kamu semua dan semua pengajar di sini.

Selalu lah jengok di sini atau forum untuk maklumat apa-apa yang akan di beritahu dari masa ke semasa, dan kamu semua bebas untuk menulis sama di sini.


raja
kbje

Sunday, December 13, 2009

Pertukaran KB JE

Salam dan selamat sejahtera semua.

Di sini saya nak maklumkan saya akan di tukarkan ke CIAST tetapi akan ada lagi di ILP Kepala Batas sehingga CIAST siap renovation.

Walau bagaimana pun saya akan bertukar ke Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Asset bermula Januari 2010 dan KB JE akan di ambil oleh En Azri Yunus.

Selamat maju jaya untuk semua, jangan lupa forum http://x-je-ilpkbpp.friendhood.net

Sekian.

raja

Forum x-je-ilpkbpp

Salam dan selamat sejahtera,

Di sini saya nak maklumkan , saya telah create satu forum untuk x-je atau e-je
e-je adalah existing, sedang belajar, x-je dah habis belajar.

Forum adalah ruang perbincangan banyak hala yang akan kekal segala tulisan dan dapat di perbincangkan apa-apa tajuk saya oleh setiap member.

Semua boleh register free saja, dan boleh lah tulis dan baca apa saja selepas log in.

Sila ke x-je-ilpkbpp.friendhood.net sila register dan boleh mula berforum.
Sila perkenalkan diri di kategori self introduction, nyatakan nama dan sesi kemasukan masing-masing ,contoh sesi 1/2007 untuk batch pertama pelajar JE.

Harap maklum dan war-warkan kepada semua kawan-kawan.

raja

Tuesday, November 24, 2009

Kursus Ketukangan CIDB

Salam dam selamat sejahtera,

Peluang untuk berkursus secara percuma serta dapat sijil ketukangan CIDB dan dapat duit elaun kursus sebanyak RM200.

Oleh kerana tiada sambutan atau ramai yang tak dapat maklumat, saya becadang untuk
jalankan kursus CIDB tersebut pada Januari 2010, tarikh akan di tetapkan kemudian.

Semua bekas pelajar sesi 1/2007 dan 2/2007 boleh memohon.

Borang permohonan boleh di dapati di bengkel JE ILPKBPP.

War-warkan kepada kawan-kawan masing-masing, sama-sama lah datang untuk rebutkan peluang ini.

raja@kbje-ilpkbpp

SIJIL SURUHANJAYA TENAGA SESI 1/2007

Salam semua,

Pelajar sesi 1/2007 boleh dapatkan sijil ST masing-masing di unit Kawalan Teknikal ILP Kepala batas.

Tahniah kepada semua yang telah berjaya.

Harap maklum.

raja@kbje.ilpkbpp

Wednesday, November 4, 2009

Kursus CIDB dan duit Raya Haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,,

Hari ini saya ada berita baik untuk yang anggap ia nya baik dan ambil peluang baik ni.

Bahagian JE nak offer kepada lepasan JE semua, tak kira dah kerja atau belum kerja,
Sebab bila nak ikut apa yang saya terangkan nanti ,akan dapat duit Raya Haji RM200.

Cerita nya, pihak ILP bekerjasama dengan CIDB untuk menjalankan Kursus Kemahiran Elektrikal CIDB selama 5 hari di ILP Kepala Batas, kursus FREE OF CHARGE , siap bagi DUIT RAYA lagi RM200.

Saya plan nak buat pada 23 November hingga 27 November 2009.
Tak kira berapa orang pun boleh, kedua-dua sesi 1/2007 dan 2/2007 boleh ikut serta.
Orang luar pun boleh yang dah tamat dari pengajian di tempat lain, tak kira IKM ke Giat Mara ke, Kolej Komuniti pun boleh, asalkan dulu belajar Elektrik dan ada bukti le belajar Elektrik, lepasan ILPKBPP tak pe sebab saya memang kenal.

Sesiapa jauh dari rumah boleh duduk asrama siap dengan makan sekali, tapi kena potong RM10 untuk makan dan RM10 lagi untuk asrama sehari.
Jadi kalau nak tinggal dan makan di asrama kena potong RM100 , dapat lagi RM100.
Bukan duit saja ,, INGAT!!!! setiap peserta akan dapat Sijil Kemahiran Elektrikal CIDB.

Syarat senang saja, copy IC, copy green card, isi borang dan gambar sekeping.
Borang ada di JE-ILPKBPP.

Sapa dekat boleh berulang dari rumah dan makan sendiri dapat duit raya RM200.
Duit dapat cash lepas habis kursus hari ke 5.

Sesiapa berminat boleh response di sini atau call saya ,019-4180183.

Tolong war-war kan kepada semua kawan-kawan lain.

Jangan lepaskan peluang ni. Kursus FREE dapat sijil bernilai, dapat duit lagi, sapa nak bagi.

Ni semua adalah untuk kamu semua lepasan JE-ILPKBPP.

Untuk AC pun ada program lebih kurang sama, kalau jumpa sesiapa lepasan PPU ILPKBPP bagitau depa suruh call saya atau call KB PPU untuk makluman.

Ingat , program ni amat sesuai untuk yang belum bekerja dan boleh juga untuk yang telah bekerja tapi kena ambik cuti la,,,,

Itu saja makluman untuk semua, saya berharap ramai yang akan join program ni,
dan war war kan lah pada kawan-kawan yang tak access internet selalu.

sekian,,

raja@kbje

Tuesday, October 27, 2009

Peluang Kerja di United Technologies

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Saya nak maklumkan ada syarikat menawarkan tempat OJT atau untuk kerja terus dengan syarikat tersebut.
Boleh hubungi terus ke syarikat tersebut seperti di bawah;

UNITED TECHNOLOGIES
NO. 23, PERSIARAN SEKSYEN 4/5, BANDAR PUTERA BERTAM,
13200 KEPALA BATAS
019-2047859

dan

IQRAM ELECTRICAL SERVICES
1A, KEDAI PLB, JALAN PERMATA 4,
SRI KUNDANG, RAWANG,
48050 SELANGOR DARUL EHSAN
03-60342057
012-2365113

Boleh le cuba,, kot2 ada rezeki kat situ.

raja

Wednesday, October 21, 2009

SIJIL SURUHANJAYA TENAGA

Salam dan selamat sejahtera semua,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, walaupun dah lepas.

Maaf zahir batin kalau ada lagi yang terpendam dalam hati nak marah kat pengajar-pengajar sini. :)

Hari ni saya nak maklumkan tentang sijil ST PW2 untuk sesi 1/2007 akan di ambil dari HQ ST di Maju Junction, KL pada awal bulan November nanti,
dalam tengah bulan November boleh lah datang ke ILP Kepala Batas untuk dapatkan sijil ST masing-masing. Untuk sesi 2/2007 harap bersabar, di jangkan kamu semua akan dapat sijil ST pada 2010, saya akan maklumkan kemudian.

Sekian,untuk makluman semua.

raja

Tuesday, September 8, 2009

Senarai peminjam yg belum mengantikan peralatan tool box

Salam dan selamat sejahtera,

Kali ni cerita lain sedikit, semua pelajar wajib menggantikan peralatan yang di pinjam dengan duit atau peralatan yang sama. Jika tidak pihak Institut berhak untuk menahan sijil ST pelajar tersebut.

Berikut adalah nama pelajar yang ada hutang dengan bengkel JE, jika tak gantikan barang atau duit, sijil ST tak akan di berikan, harap maklum. Senarai nama tersebut seperti kat bawah ni,,

SENARAI PERALATAN YANG DIPINJAM OLEH PELAJAR JE SESI 2/2007 SEM 4
YANG BELUM DIPULANGKAN

1 SYED IBRAHIM ADHAM BIN SYED AGIL
NDP: 242072006
NO K/P: 880623-29-5043

PERALATAN HARGA(RM)
1. DIAGONAL CUTTER (KENNEDY) RM40.00
2. COMBINATION PLIER (KENNEDY) RM40.00
3. PHILLIP SCREW DRIVER RM13.00
4. MULTIMETER (SANWA) RM145.00
5. KUNCI LOCKER NO. 6B RM5.00
JUMLAH RM233.00

2 MOHD AZANI BIN OSMAN
NDP: 242072027
NO K/P: 870829-07-5143

PERALATAN HARGA(RM)
1. DIAGONAL CUTTER (KENNEDY) RM40.00
2. COMBINATION PLIER (KENNEDY) RM40.00
3. LONG NOSE PLIER (KENNEDY) RM40.00
4. MEASURING TAPE STANLEY 5m RM23.00
JUMLAH RM143.00

3 LECHUMANAN A/L PUSHPARAJAN
NDP: 242072050
NO K/P: 890407-08-5825

PERALATAN HARGA(RM)
1. CABLE CUTTER (KENNEDY) RM30.00
2. LONG NOSE PLIER RM5.70
3. PHILLIP SCREWDRIVER RM13.00
4. MEASURING TAPE RM23.00
JUMLAH RM71.70

5 ABIDUL HANIF BIN ADAM
NDP: 242072039
NO K/P: 891101-07-5709

PERALATAN HARGA(RM)
1.DIAGONAL CUTTER RM40.00
2. PHILLIP SCREWDRIVER RM13.00
JUMLAH RM53.00

Apa-apa contact saya atau En Azman.

raja

Program Aviation Maintenance Technology Sesi Jan 2010

Salam semua bekas pelajar JE ILPKBPP, selamat berpuasa , semoga cukup puasa kamu sekelian,, harap dah berubah , dah semakin sewasa dah tu,

Kali ni saya nak maklum kan tentang ada Program Teknologi Penyelenggaraan Penerbangan untuk lepasan pelajar ILJTM. Semua bekas pelajar dengan sekurang-kurang nya Tahap 2 dari kursus-kursus berikut di bawah layak memohon,

a. Mekanik Industri
b. Automasi Perindustrian
c. Fabrikasi Logam
d. Kimpalan Arka & Gas
e. Automotif
f. Elektrikal
g. Instrumen Perindustrian
h. Elektronik Industri
i. Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
j. Kejuruteraan Jaminan Mutu

Antara kriteria lain seperti kat bawah,,

• Warganegara Malaysia
• Berumur antara 17-25 tahun
• Fasih berbahasa Inggeris (ujian lisan dan tulisan)
• Berminat untuk mempelajari dan bekerja dalam bidang ‘aviation technology’
• Memenuhi akademik dan bidang kemahiran yang diikuti di ILJTM
• Sihat tubuh badan
• Mempunyai disiplin yang tinggi dan diiktiraf oleh institute
• Pelajar yang layak memohon:
√ Yang telah tamat latihan industri
√ Yang akan tamat latihan pada Disember 2009

Sesiapa yang rasa BI tak berapa bagus tu,, pergi ambil kelas part time BI dulu baru mohon. :)

Sesiapa berminat dan perlukan borang atau maklumat lanjut boleh lah datang jumpa saya di ILP Kepala Batas, saya masih di sini. Peluang ini di buka sehingga 12 Oktober 2009.
Sesiapa yang berminat selepas 12 Oktober , lupakan lah niat kamu, tunggu tahun depan pulak. :)

raja@ilpkbpp

Wednesday, July 22, 2009

Update status pekerjaan

Salam dan selamat sejahtera semua.

Kepada sesiapa yang mengikuti blog ini sila maklumkan kepada kengkawan lain sama.
Sudi-sudi lah untuk update status pekerjaan untuk maklumat kengkawan lain dan juga pihak je-ilpkbpp.

Jika ada apa-apa peluang pekerjaan juga boleh lah di maklumkan dengan menulis pada komen di sini, semoga dengan maklumat tersebut dapat membantu kengkawan lain mendapat pekerjaan.

Sesi 2/2009 agak tidak sibuk kerana cuma ada 2 kelas, sem 1 dan sem 4, dengan Perhebat paling ramai di sem1 iaitu 14 orang. Semoga semua berjalan lancar.

Pada tahun ini je-ilpkbpp telah menghantar 2 orang pelajar sem 2 1/2009 untuk menyertai Pertandingan Kemahiran peringkat kebangsaan kategori Pra-Q. Kecewa untuk di maklumkan bahawa semua peserta ILJTM gagal menyiapkan projek dalam masa yang di tetapkan. Semua peserta buat wiring secara wireless :) (tak sempat lay cable la tu).

Walaubagaimana pun ini adalah kali pertama ilpkbpp menyertai pertandingan macam ni, dan agak tidak ketinggalan berbanding dengan ILP lain, orang lain yang setiap tahun menyertai pertandingan pun tak berjaya apatah lagi kepala batas. Azam saya tahun depan Insyaallah kepala batas akan tunjuk taring. Perancangan sedang di buat sekarang.

Tuesday, June 30, 2009

Kerja kerja kerja

Salam dan selamat sejahtera,

Selepas kumpulan pertama sesi 1/2007 gred dari JE ILPKBPP pada Disember 2008 seramai 13 orang , kumpulan kedua baru saja menamatkan peperiksaan ST pada minggu lepas dengan keputusan 40/41 telah lulus. Kepada yang gagal masih ada peluang untuk mengulang pada semester depan, pastikan anda datang melapor diri untuk latihan 3 bulan sebelum peperiksaan.

Banyak juga maklumat pekerjaan dari kumpulan pertama, saya akan tuliskan nanti, dan sesiapa yang tahu tentang status kawan-kawan lain boleh lah tulis dalam blog ini.

Untuk kumpulan kedua, sesi 2/2007 , 3 orang telah sepatutnya melaporkan diri untuk bekerja di KLIA bermula pada hari ini 30 Jun 2009. 3 orang tersebut adalah KHAIRUL IZZATI, CHE ZULHILMI dan MUHAMMAD SYAHAMIR.

Ada 2 atau 3 orang keperluan pekerjaan di Air Itam ,Penang, rumah di sediakan, kontraktor elektrik. Boleh hubungi FC TECHNOLOGY (M) SDN. BHD, NO 2, JALAN SEMPADAN, 11500 AIR ITAM, PULAU PINANG.No. Tel : 017-5982246/ 04-5285611 .Hubungi En. Tarmizi. SEGERA!

Salam ukhwah dan selamat sejahtera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua bekas-bekas pelajar Kursus Juru Elektrik atau nama barunya Kursus Teknologi Elektrik yang mana singkatan JE adalah yang paling di kenali dan sinonim di ILP Kepala Batas.

Saya wujudkan blog ini atas tujuan untuk memberi maklumat peluang-peluang pekerjaan jika ada dan juga sebagai tempat pengumpulan maklumat secara bersepadu mengenai status bekerja bekas-bekas pelajar JE ILPKBPP.

Lepasan pelajar JE ILPKBPP boleh menggunakan blog ini untuk memberitahu kawan-kawan lain dimana beliau bekerja atau tengah mencari kerja atau jika ada peluang kerja di tempat masing-masing.

Pihak staf JE ILPKBPP juga akan menggunakan blog ini untuk memberi apa-apa maklumat kepada lepasan pelajar seperti SIJIL SURUHANJAYA TENAGA (ST) sudah dapat dan sebagainya.

Saya berharap blog ini akan memberi sedikit sebanyak faedah kepada semua lepasan pelajar JE ILPKBPP dan saya berharap para pelajar dapat menggunakan wadah ini dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Sekian,

raja-kbje.ilpkbpp