Tuesday, June 30, 2009

Kerja kerja kerja

Salam dan selamat sejahtera,

Selepas kumpulan pertama sesi 1/2007 gred dari JE ILPKBPP pada Disember 2008 seramai 13 orang , kumpulan kedua baru saja menamatkan peperiksaan ST pada minggu lepas dengan keputusan 40/41 telah lulus. Kepada yang gagal masih ada peluang untuk mengulang pada semester depan, pastikan anda datang melapor diri untuk latihan 3 bulan sebelum peperiksaan.

Banyak juga maklumat pekerjaan dari kumpulan pertama, saya akan tuliskan nanti, dan sesiapa yang tahu tentang status kawan-kawan lain boleh lah tulis dalam blog ini.

Untuk kumpulan kedua, sesi 2/2007 , 3 orang telah sepatutnya melaporkan diri untuk bekerja di KLIA bermula pada hari ini 30 Jun 2009. 3 orang tersebut adalah KHAIRUL IZZATI, CHE ZULHILMI dan MUHAMMAD SYAHAMIR.

Ada 2 atau 3 orang keperluan pekerjaan di Air Itam ,Penang, rumah di sediakan, kontraktor elektrik. Boleh hubungi FC TECHNOLOGY (M) SDN. BHD, NO 2, JALAN SEMPADAN, 11500 AIR ITAM, PULAU PINANG.No. Tel : 017-5982246/ 04-5285611 .Hubungi En. Tarmizi. SEGERA!

Salam ukhwah dan selamat sejahtera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua bekas-bekas pelajar Kursus Juru Elektrik atau nama barunya Kursus Teknologi Elektrik yang mana singkatan JE adalah yang paling di kenali dan sinonim di ILP Kepala Batas.

Saya wujudkan blog ini atas tujuan untuk memberi maklumat peluang-peluang pekerjaan jika ada dan juga sebagai tempat pengumpulan maklumat secara bersepadu mengenai status bekerja bekas-bekas pelajar JE ILPKBPP.

Lepasan pelajar JE ILPKBPP boleh menggunakan blog ini untuk memberitahu kawan-kawan lain dimana beliau bekerja atau tengah mencari kerja atau jika ada peluang kerja di tempat masing-masing.

Pihak staf JE ILPKBPP juga akan menggunakan blog ini untuk memberi apa-apa maklumat kepada lepasan pelajar seperti SIJIL SURUHANJAYA TENAGA (ST) sudah dapat dan sebagainya.

Saya berharap blog ini akan memberi sedikit sebanyak faedah kepada semua lepasan pelajar JE ILPKBPP dan saya berharap para pelajar dapat menggunakan wadah ini dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Sekian,

raja-kbje.ilpkbpp