Tuesday, September 8, 2009

Program Aviation Maintenance Technology Sesi Jan 2010

Salam semua bekas pelajar JE ILPKBPP, selamat berpuasa , semoga cukup puasa kamu sekelian,, harap dah berubah , dah semakin sewasa dah tu,

Kali ni saya nak maklum kan tentang ada Program Teknologi Penyelenggaraan Penerbangan untuk lepasan pelajar ILJTM. Semua bekas pelajar dengan sekurang-kurang nya Tahap 2 dari kursus-kursus berikut di bawah layak memohon,

a. Mekanik Industri
b. Automasi Perindustrian
c. Fabrikasi Logam
d. Kimpalan Arka & Gas
e. Automotif
f. Elektrikal
g. Instrumen Perindustrian
h. Elektronik Industri
i. Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
j. Kejuruteraan Jaminan Mutu

Antara kriteria lain seperti kat bawah,,

• Warganegara Malaysia
• Berumur antara 17-25 tahun
• Fasih berbahasa Inggeris (ujian lisan dan tulisan)
• Berminat untuk mempelajari dan bekerja dalam bidang ‘aviation technology’
• Memenuhi akademik dan bidang kemahiran yang diikuti di ILJTM
• Sihat tubuh badan
• Mempunyai disiplin yang tinggi dan diiktiraf oleh institute
• Pelajar yang layak memohon:
√ Yang telah tamat latihan industri
√ Yang akan tamat latihan pada Disember 2009

Sesiapa yang rasa BI tak berapa bagus tu,, pergi ambil kelas part time BI dulu baru mohon. :)

Sesiapa berminat dan perlukan borang atau maklumat lanjut boleh lah datang jumpa saya di ILP Kepala Batas, saya masih di sini. Peluang ini di buka sehingga 12 Oktober 2009.
Sesiapa yang berminat selepas 12 Oktober , lupakan lah niat kamu, tunggu tahun depan pulak. :)

raja@ilpkbpp

No comments:

Post a Comment

Habak le sapa yang tulis, don't let it be anynomous :)