Tuesday, June 30, 2009

Salam ukhwah dan selamat sejahtera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua bekas-bekas pelajar Kursus Juru Elektrik atau nama barunya Kursus Teknologi Elektrik yang mana singkatan JE adalah yang paling di kenali dan sinonim di ILP Kepala Batas.

Saya wujudkan blog ini atas tujuan untuk memberi maklumat peluang-peluang pekerjaan jika ada dan juga sebagai tempat pengumpulan maklumat secara bersepadu mengenai status bekerja bekas-bekas pelajar JE ILPKBPP.

Lepasan pelajar JE ILPKBPP boleh menggunakan blog ini untuk memberitahu kawan-kawan lain dimana beliau bekerja atau tengah mencari kerja atau jika ada peluang kerja di tempat masing-masing.

Pihak staf JE ILPKBPP juga akan menggunakan blog ini untuk memberi apa-apa maklumat kepada lepasan pelajar seperti SIJIL SURUHANJAYA TENAGA (ST) sudah dapat dan sebagainya.

Saya berharap blog ini akan memberi sedikit sebanyak faedah kepada semua lepasan pelajar JE ILPKBPP dan saya berharap para pelajar dapat menggunakan wadah ini dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Sekian,

raja-kbje.ilpkbpp

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam......aiiii soma sy harap kita soma dpat brhubung di dlm laman web ini,agar prshabatan kita soma akan kekal....
    xlupa jga berbnyk-bnyk trima kasih kpd pnyarah JE yg bnyk mngajar sy trutama EN.AZMAN n CIk HASNIDA.
    sy berbnyk2 trima ksih kpada EN.RAJA yg bnyk mnolong km hingga tmat pngajian.sy mintk maaf jika mnyakiti hati penyarah-penyarah.


    daripada,
    ARE_PAI

    ReplyDelete

Habak le sapa yang tulis, don't let it be anynomous :)